Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, apa yang dapat saya pelajari dari Surah A'raf ini, kita perlu meningkatkan lagi keimanan kita kepada pencipta yang satu. Kita wajib memperakui kekuasaan Allah SWT yang mengatur dan menjaga alam semesta ini. disamping itu, Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab kita sesama manusia, saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengingati sekiranya terleka kepada pencipta kita. Surah ini juga menyatakan larangan daripada mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk dan kewajipan manusia untuk mengikut segala perintah yang diberikan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Sebagai contoh, kita perlu menghindari makanan yang boleh memudaratkan kepada kita seperti meminum arak dan sebagainya. Ini kerana larangan Allah SWT kepada umat islam untuk menghindari makan makanan tersebut yang akan memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Sekian. Terima Kasih.
Norsyahidah Binti Zainal (2015162535)
.........................................................................
Alhamdulillah. Apa yang saya pelajari dari surah Al Araf ini ialah kita perlu meningkatkan lagi keimanan kita terhadap kita yang satu iaitu Allah SWT. Selain itu, kita juga perlu mengakui kekuasaanNya yang telah mengatur dan menjaga alam semesta ini. Allah juga Melarang kita makan makanan yang boleh memudaratkan diri kita. sekian.
Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)
.......................................................................................
Assalamualaikum reader
! Hari ini saya ingin berkongsi refleksi saya berdasarkan video ustazah yang
telah saya lihat mengenai bab 1, saya telah mempelajari sesuatu berdasarkan
situasi tersebut iaitu meskipun kita susah ataupun senang, kita haruslah
berkongsi apa saja yang kita miliki kerana sesuatu yang dimiliki kita sekarang
bukanlah hak mutlak kita. Dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain juga di
dalamnya. Seterusnya, kita tak perlu bongkak dan sombong walau banyak manapun
harta yang kita miliki kerana semua itu milik Allah SWT. Walaupun jahat manapun
kitaperilaku orang terhadap kita, jangalah kita membalas balik perbuatan
tersebut dengan kejahatan kerana pepatah inggeris ada mengatakan bahawa “what
you give, you will get back”.
Selain itu, satu topik -pembelajaran yang baru
telah saya pelajari iaitu mengenai alam roh.Roh juga mempunyai sifat iaitu
berdasarkan pilihan,sedar atau kehendak sendiri.Roh kita akan berjumpa dengan
roh yang bersama-sama kita di dunia ini.Contohnya si simpulan berkawan /berjumpa dengan si simpulan sewaktu
mereka di alam dunia,mereka juga akan bertemu dan bersama di alam roh.Sebelum
memasuki alam roh,terdapat alam lain yg perlu dilalui oleh setiap
manusia.Pertama,alam rahim dimana kita akan berada di dalam rahim seorang insan
yang bergelar ibu selama 9 bulan 10 hari.Seterusnya,di alam dunia dimana tuhan
menilai kemampuan seseorang manusia apabila menghadapi cubaan dan dugaan yang
diturunkan kepadanya.Alam kubur merupakan destinasi selepas alam dunia.Setiap
insan akan menghadapi hari kematian.Alam akhirat merupakan alam yang terakhir
dan infiniti iaitu kekal selama-lamanya.Pada masa ini,setiap amlan manusia
semasa mereka hidup akan dihisab.Justeru itu,semasa kita hidup kita harus
melakukan segala perintah Allah SWT dan beramal ke arah kebaikan untuk mendapat
keredaan dari-Nya.Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)