Friday, 23 December 2016

1) Mengapa Melaka menjadi zaman kemuncak pluraliti

 Melaka dikatakan kemuncak berlakunya plurality masyarakat di alam Melayu. Ini kerana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan bebas (pelaburan), pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan sebagai pusat penyebaran agama Islam.

                Antara faktor Melaka menjadi pusat plurality masyarakat ialah sultan Melaka yang berwawasan dan berwibawa, selain itu sistem pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh bendahara Tun Perak, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan Islam oleh Raja Melaka dan ditambah pula dengan adanya sultan Melaka yang cintakan ilmu pengetahuan. Kesan daripada faktor tersebut ialah pedagang dari Arab, Cina,India dan lain dating berdagang dengan bebas dana man. Pedagang Arab telah menyebarkan Islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu tasawuf, fiqah, ibadah dan lain-lain.


                Di samping itu, raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang seperti perkahwinan Puteri Hang Li Po dari China dan membuat hubungan diplomatic dengan negeri China. Berlaku percampuran masyarakat dan budaya iaitu plurality masyarakat dan plurality budaya  di Melaka secara asimilasi. Contohnya; masyarakat Baba dan Nyonya, keturunan Syed Arab dan lain-lain. Dari aspek budaya pula, dapat dilihat dalam amalan upacara bersanding yang dipengaruhi oleh unsur Hindu. Manakala contoh; Majlis khatam al-Quran, berzanji dan marhaban dari Arab atau Islam.

No comments:

Post a Comment