Adat secara umumnya didefinisikan
sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini juga mencerminkan segala
perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Walaupun dari aspek bunyinya berbeza,tetapi dari segi pengertiannya adat dan
budaya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Kebudayaan dan
peradaban pula adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan
lain-lain. Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha telah
bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Mereka
menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan,
kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan
dan mesti sudi menerima hidangan dengan
baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok
digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Agama Hindu boleh dikatakan
menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana
ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri.
Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan
animisme. Hal ini demikian kerana pada asalnya agama Hindu dianggap sebuah
agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja
dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi sosial
masyarakat India. Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat
melayu di Malaysia.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi
oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti
Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan karya agung yang menjadi asas
rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada pengurusan
hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara khususnya di Malaysia.
Ketika adat ini diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada di antara
adat-adat dalam tamadun India ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Pastinya kita pernah melihat upacara perkahwinan dan persandingan di dalam
majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh
adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Sebagai contohnya, dalam adat
perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara
bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan
di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi
satu kewajipan sedangkan persandingan
itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan
sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari. Selain itu,
penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan
penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh
tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh
masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang.
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan
dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat melenggang
perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung
manakala manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan
kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri
yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi
di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu
Rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di
dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan
ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan
dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak
dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera
dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka
wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai
mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu
di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat
tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan
secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai
kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan
pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai
curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya
dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah
untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada
tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari
kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan
inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun
sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Di Malaysia,
majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan
upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya
perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai
dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga
yang ditaburkan diatasnya.
Beras ini digunakan untuk merestui
pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan
thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin
lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah
menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu
upacara ini berlangsung, atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai
tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai
sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin
perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.
Seterusnya ialah adat membelah
mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru
lahir dan bagi upacara ini ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu
dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi
itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam
adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke bibir bayi
tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan
juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
kemudian dibacakan doa.
Tamadun India juga telah
mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan. Antara contoh
makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha dan puri. Makanan
ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini, makanan ini semakin
digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutamanya, roti
canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang merupakan
makanan tradisional tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh sebilangan besar
rakyat Malaysia sekarang.
Capati dan tosai juga tidak
ketinggalan kerana mempunyai banyak khasiat dan juga sesuai untuk mengurangkan
penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan
sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal. Di samping itu, tosai ini
mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun
chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai
cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh
rakyat Malaysia terutamanya kaum India itu sendiri. Tosai ini boleh didapati di
mana-mana gerai atau atau kedai mamak dan juga di restoran India. Makanan
tradisional India ini dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Boleh
dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buah-buahan,
acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai ini
diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga rangup. Tosai
amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Selain itu, makanan traddisional
yang lain adalah seperti kuih muih tamadun India iaitu muruku. Muruku juga
seperti tosai mempunyai pelbagai nama lain. Antaranya ialah chakli dan chakri.
Makanan tradisional ini sudah pasti berasal dari negara India. Bahan utama
untuk membuat muruku ialah urad dan tepung beras. Muruku boleh didapati di
mana-mana sahaja dan sering dihidangkan sebagai makanan ringan. Muruku juga
boleh dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafetida, ajawain dan cumin.
Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur kerana
maruku senang dihidangkan dan lazat.
Selain itu ada sejenis makanan
tradisional India yang tidak kurang hebatnya iaitu nasi beriani. Nasi berianai
ini ada terdiri daripada dua iaitu nasi beriani ayam atau kambing. Boleh
didapati di kedai-kedai mamak dan sebagainya. Selain dari yang tersenarai, ada
banyak lagi makanan tradisional tamadun India yang memberi kesan kepada rakyat
di Malaysia.
Pakaian tradisional tamadun India
telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada tamadun Melayu dan
rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari. Sari amat
dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka
bentuknya. Untuk membuat sari, sebidang
kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang
berwarna seakan-akan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau
tidak. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam
diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan
berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat
daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
No comments:
Post a Comment