Melaka dikatakan kemuncak berlakunya plurality
masyarakat di alam Melayu. Ini kerana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan
bebas (pelaburan), pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan sebagai pusat
penyebaran agama Islam.
Antara faktor
Melaka menjadi pusat plurality masyarakat ialah sultan Melaka yang berwawasan
dan berwibawa, selain itu sistem pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh
bendahara Tun Perak, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan Islam
oleh Raja Melaka dan ditambah pula dengan adanya sultan Melaka yang cintakan
ilmu pengetahuan. Kesan daripada faktor tersebut ialah pedagang dari Arab, Cina,India
dan lain dating berdagang dengan bebas dana man. Pedagang Arab telah
menyebarkan Islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu
tasawuf, fiqah, ibadah dan lain-lain.
Di samping
itu, raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang seperti perkahwinan
Puteri Hang Li Po dari China dan membuat hubungan diplomatic dengan negeri
China. Berlaku percampuran masyarakat dan budaya iaitu plurality masyarakat dan
plurality budaya di Melaka secara
asimilasi. Contohnya; masyarakat Baba dan Nyonya, keturunan Syed Arab dan
lain-lain. Dari aspek budaya pula, dapat dilihat dalam amalan upacara
bersanding yang dipengaruhi oleh unsur Hindu. Manakala contoh; Majlis khatam
al-Quran, berzanji dan marhaban dari Arab atau Islam.
No comments:
Post a Comment