Seterusnya ialah Piagam Madinah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama dalam dunia. Piagam Madinah menpunyai 47 pekara berkaitan oarang islam dan bukan islam. Daripada 47 perkara tersebut, 23 perkara mengenai orang islam dan 24perkara pula berkaitan dengan orang bukan islam.
Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)
......................................................................................................................
Pada pembelajaran saya kali ini, saya mendapati bahawa perlembagaan merupakan satu dokumen yang dijadikan rujukan dalam pentadbiran. perlembagaan ini, terdiri daripada badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis . perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun menjadi satu dokumen. disamping itu, piagam madinah juga merupakan perlembagaan yang digunakan oleh Rasullulah dalam pemerintahan beliau. dalam piagam madinah terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan orang islam dan bukan islam.
Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)
........................................................................................................................
Assalamualaikum, pada minggu
ini kumpulan Perlembagaan persekutuan dan hubungan etnik telah membentangkan
pembentangan mereka. Melalui pembentangan ini, banyak perkara berkenaan
perlembagaan dikupas. Antaranya adalah
sistem kontak sosial, penubuhan Malayan Union, dan perlembagaan persekutuan.
Selain itu, pembentang juga telah menghuraikan sedikit berkenaan piagam
Madinah. Kedua - dua perlembagaan dan piagam ini terdapat beberapa persamaan
dan juga perbezaan. Namun yang pastinya kedua- duanyan diwujudkan bagi
membentuk sebuah negara yang aman. Apa yang saya faham negara kita mempunyai
peraturan dimana rakyat-rakyat mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat dan
melalui perlembagaan jugalah Negara kita aman damai kerana terdapat
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi setiap orang tak
kira rakyat bawahan mahupun atasan.. sekiannn,wassalam
Ayu Fatihah Binti Zahari (2015155085)
No comments:
Post a Comment