Friday 23 December 2016

2) Sejauh manakah pengaruh hindu dan Buddha ke atas budaya orang Melayu

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini juga mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza,tetapi dari segi pengertiannya adat dan budaya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Kebudayaan dan peradaban pula adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan  mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana pada asalnya agama Hindu dianggap sebuah agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan karya agung yang menjadi asas rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada pengurusan hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara khususnya di Malaysia. Ketika adat ini diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada di antara adat-adat dalam tamadun India ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan  sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari. Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang.

Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu Rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.

Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Di Malaysia, majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.

Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung, atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.

Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.

Tamadun India juga telah mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan. Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha dan puri. Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini, makanan ini semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutamanya, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang merupakan makanan tradisional tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia sekarang.

Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana mempunyai banyak khasiat dan juga sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal. Di samping itu, tosai ini mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India itu sendiri. Tosai ini boleh didapati di mana-mana gerai atau atau kedai mamak dan juga di restoran India. Makanan tradisional India ini dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai ini diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga rangup. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Selain itu, makanan traddisional yang lain adalah seperti kuih muih tamadun India iaitu muruku. Muruku juga seperti tosai mempunyai pelbagai nama lain. Antaranya ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini sudah pasti berasal dari negara India. Bahan utama untuk membuat muruku ialah urad dan tepung beras. Muruku boleh didapati di mana-mana sahaja dan sering dihidangkan sebagai makanan ringan. Muruku juga boleh dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafetida, ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur kerana maruku senang dihidangkan dan lazat.

Selain itu ada sejenis makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya iaitu nasi beriani. Nasi berianai ini ada terdiri daripada dua iaitu nasi beriani ayam atau kambing. Boleh didapati di kedai-kedai mamak dan sebagainya. Selain dari yang tersenarai, ada banyak lagi makanan tradisional tamadun India yang memberi kesan kepada rakyat di Malaysia.

Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada tamadun Melayu dan rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari. Sari amat dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka bentuknya.  Untuk membuat sari, sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau tidak. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

Di samping itu, kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering dipakai oleh lelaki kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut  yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera. Pada kebiasaannya,kurta akan dipakai bersama seluar longgar, salwar longgar atau seluar churidar. Kurta pajama pula merupakan kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pajama dimana kurta pajama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai, bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dilonggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki

No comments:

Post a Comment