Thursday 22 December 2016

BAB 1: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN


Pada hari ini, saya mempelajari bahawa sikap prejudis terhadap terhadap satu sama lain perlu dielakkan kerana sifat ini akan memecahbelahkan perpaduan yang ada di malaysia yang berbilang kaum. dari sifat prejudis ini akan berlakunya stereotaip. Stereotaip ini akan berlaku apabila kita mula meluahkan sangka buruk kepada orang lain. Hal ini, akan menyebabkan tercetusnya pergaduhan di antara mereka. Dengan adanya sifat ini akan berlakunya kucar-kacir dan rakyat tidak akan bersatu padu. Sebagai langkah bagi mengelakan pepecahan kaum, masyarakat Malaysia perlulah membuang sikap prejudis yang ada dalam diri seseorang.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)


.....................................................................................................


Pada hari ini, saya mempelajari bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Disini saya dapati bahawa banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks hidup dalam situasi masyarakat harmoni. Dalam menangani masalah-masalah yang melibatkan masyarakat, perkara paling penting ialah kita mestilah menjauhi daripada sifat-sifat mazmumah seperti bersangka buruk terhadap kaum dan masyarakat lain. selain itu, saya juga sebagai rakyat Malaysia perlulah menjauhi dari sifat stereotaip iaitu mengutamakan kaum dan bangsa sendiri  sehingga mengasingkan masyarakat lain. Sifat ini, jelas menunjukkan jurang perpaduan dalam masyarakat dan menghalang masyarakat untuk hidup dalam suasana aman dan damai tanpa perpecahan.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)


............................................................................................................

Refleksi saya berdasarkan tajuk konsep kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia adalah walau siapapun kita, dari mana asal usul kita,bangsa apa pun kita, walau terdapat perbezaan warna kulit kita, sebagai saudara di bawah satu Negara yang berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain dan berkenal-kenalanlah sesame bangsa lain kerana dalam surah Al-hujurat,ayat 13, Allah SWT berfirman sesungguhnya semulia-mulia kaum disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya. Jadi kita sebagai 1 rakyat Malaysia yang berbilang kaum tak rugi kalau kita berbaik-baik dengan bangsa lain untuk memajukan Negara bangsa kita sendiri kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Sekiann

Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)


No comments:

Post a Comment