Thursday 22 December 2016

BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pada hari ini, mengupaskan mengenai ekonomi yang belaku dalam hasil pembelajaran sebentar tadi. Pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula sejak zaman penjajahan British di Tanah melayu. Sejajar dengan itu pertumbuhan ekonomi yang pesat ini, menyebabkan banyak isu-isu yang muncul hasil daripada ketidakseimbangan pengagihan kuasa dan sumber ekonomi. pertumbuhan ekonomi ini terbahagi kepada dua iaitu bandar dan luar bandar. Aktiviti ekonomi lebih pesat berlaku dibandar dan mengetepikan ekonomi diluar bandar. Ini akan menyebabkan berlakunya jurang pendapatan yang berbeza antara penduduk bandar dan luar bandar. Apabila berlakunya jurang seperti ini menyebabkan
oarang melayu yang timggal dikawasan pedalaman ketinggalan  dan ini juga akan menyebabkan ekonomi dipegang oleh kaum lain. Justeru itu, orang melayu perlulah memainkan peranan dalam sektor ekonomi supaya tidak ketinggalan dengan kemajuan yang pesat yang sedang berlaku ini.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)

.......................................................................................................................

Perkara yang saya dapat pelajari pada bab ini ialah modenisasi. Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Ianya merujuk kepada proses berencana.
Disamping itu, konsep pembaratan menurut islam berbeza dengan barat dimana ia lebih memfokuskan kepada kemajuan modal insan atau nilai-nilai kemanusiaan seperti akidah dan akhlak kemudian barulah diikuti dengan pembangunan material. Islam menekankan supaya pembangunan material hendaklah digunakan untuk jalan yang memberi manfaat kepad manusia.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)

...................................................................................................................


Assalamualaikum pada minggu ini pembentangan berkisahkan mengenai tajuk bab ke 4 iaitu pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Melalui pembentangan ini, banyak perkara telah dikupas antaranya konsep pembangunan, isu-isu utama ekonomi, strategi pembangunan ekonomi dan pendekatan islam dalam pembangunan ekonomi. Terdapat banyak isu-isu ekonomi yang timbul antaranya pertumbuhan dan agihan dimana terdapat masalah pembangunan ekonomi iaitu isu kemiskinan dan agihan pendapatan mengikut etnik yang tidak seimbang dan banyak lagi isu yang timbul terdapat strategi pembangunan ekonomi negara semasa . Sekian

Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)

No comments:

Post a Comment