Thursday 22 December 2016

BAB 3: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUBUNGAN ETNIK

Pada hari ini, saya mepelajari bahawa perlembagaan persekutuan mempunyai dua bahagian iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Di Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis. perlembagaan ini dianggotai oleh Yang di-Pertuan Agong , badan kehakiman, badan eksekutif dan badan perundangan. Manakala perlembagaan tidak bertulis ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan dalam parlimen dan keputusan-keputusan makhamah.
Seterusnya ialah Piagam Madinah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama dalam dunia. Piagam Madinah menpunyai 47 pekara berkaitan oarang islam dan bukan islam. Daripada 47 perkara tersebut, 23 perkara mengenai orang islam dan 24perkara pula berkaitan dengan orang bukan islam.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)

......................................................................................................................


Pada pembelajaran saya kali ini, saya mendapati bahawa perlembagaan merupakan satu dokumen yang dijadikan rujukan dalam pentadbiran. perlembagaan ini, terdiri daripada badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis . perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun menjadi satu dokumen. disamping itu, piagam madinah juga merupakan perlembagaan yang digunakan oleh Rasullulah dalam pemerintahan beliau. dalam piagam madinah terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan orang islam dan bukan islam.

Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)


........................................................................................................................

Assalamualaikum, pada minggu ini kumpulan Perlembagaan persekutuan dan hubungan etnik telah membentangkan pembentangan mereka. Melalui pembentangan ini, banyak perkara berkenaan perlembagaan dikupas.  Antaranya adalah sistem kontak sosial, penubuhan Malayan Union, dan perlembagaan persekutuan. Selain itu, pembentang juga telah menghuraikan sedikit berkenaan piagam Madinah. Kedua - dua perlembagaan dan piagam ini terdapat beberapa persamaan dan juga perbezaan. Namun yang pastinya kedua- duanyan diwujudkan bagi membentuk sebuah negara yang aman. Apa yang saya faham negara kita mempunyai peraturan dimana rakyat-rakyat mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat dan melalui perlembagaan jugalah Negara kita aman damai kerana terdapat peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi setiap orang tak kira rakyat bawahan mahupun atasan.. sekiannn,wassalam


Ayu Fatihah Binti Zahari (2015155085)

No comments:

Post a Comment