Showing posts with label REFLEKSI. Show all posts
Showing posts with label REFLEKSI. Show all posts

Friday, 23 December 2016

BAB 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pada bab 5 ini kumpulan kami telah membentangkan pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia. Daripada apa yang saya lakukan, saya dapati politik yang berlaku diMalaysia ini mengikut khusus kaum parti politik. selain itu, saya dapati Malaysia merupakan sebuah negara berdemokrasi yang mempunyai 4 komponen utama iaitu parti-parti politik, parlimen, pelembagaan negara dan pilihan raya. disamping itu, pemimpin juga perlulah menerapkan elemen politik islam dalam pemerintahan bagi menjalankan politik yang telus dan adil. sekian

Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)

....................................................................................................................

Politik merupakan ilmu pengetahuan berkenaan tatacara di Malaysia, pemerintahan seperti kita sebagai rakyat perlu bertanggungjawab memilih pemimpin negara dengan betul dan bijaksana. Hal ini kerana pemimpin merupakan orang yang akan mentadbir negara dan melaksanakan dasar-dasar pemerintahan yang merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. pemimpin yang dipilih hendaklah mempunyai sifat-sifat berwibawa dan islam sejati. selain itu, saya dapat memperoleh ilmu dimana pembangunan politik yang stabil dan maju akan mewujudkan persaudaraan dan hubungan antara etnik di Malaysia.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)


...........................................................................................................................

Dalam bab ini, saya dapat mengetahui maksud politik dan pembangunannya di negara kita. Politik ialah ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan menurut kamus dewan. Matlamat utama ialah pembinaan negara bangsa, iaitu suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa. Perubahan struktur dan budaya politik, perubahan cara tradisional kepada cara terkini dan moden.

Bagi negara demokrasi seperti negara kita, proses pembangunan politik melibatkan 4 komponen utama; 1) parti-prti polikti, 2) majlis perwakilan rakyat atau parlimen, 3) perlembagaan negara dan 4) pilihan raya. Kejayaan proses pembangunan politik biasanya diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara. 


Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)

Thursday, 22 December 2016

BAB 2: SEJARAH PLURALITI MASYARAKAT DI ALAM MELAYU

Dalam bab pluraliti dan pluralistik, saya mempelajari bahawa terdapat dua konsep utama ciri-ciri masyarakat asia tengara. Pluraliti dilakukan secara sukarela, secara semula jadi , disertai keluarga dan menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala pluralistik pula dilakukan secara paksaan demi kepertingan politik dan ekonomi inggeris, serta tidak disertai oleh keluarga dan tidak pernah melupakan negara asal. Ini dapat dilihat bahawa semangat kekitaan telah berlaku sejak zaman sebelum kedatangan penjajah yang dilakukan dengan cara semula jadi dan tanpa paksaan. Sikap ini juga telah memupuk semangat perpaduan diantara masyarakat dahulu dengan perdagang-pedagang yang berdagang di tanah melayu.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)

............................................................................................................


Pada hari ini, saya dapat mempelajari bahawa kita tidak perlu berterima kasih kepada penjajah disebabkan kemajuan yang dibawa oleh merika semasa penjajahan. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan semakin bersemangat untuk memajukan bangsa dan negara kita selepas mendapatkan kemerdekaan.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof (2015100833)


......................................................................................................................


Assalamualaikum hari ini saya telah mempelajari mengenai pluralitik dan pluralistik. Di dalam Bab ke-2 ini, saya faham tentang konsep pluraliti dan pluralistik. Sekian


Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085) 

BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pada hari ini, mengupaskan mengenai ekonomi yang belaku dalam hasil pembelajaran sebentar tadi. Pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula sejak zaman penjajahan British di Tanah melayu. Sejajar dengan itu pertumbuhan ekonomi yang pesat ini, menyebabkan banyak isu-isu yang muncul hasil daripada ketidakseimbangan pengagihan kuasa dan sumber ekonomi. pertumbuhan ekonomi ini terbahagi kepada dua iaitu bandar dan luar bandar. Aktiviti ekonomi lebih pesat berlaku dibandar dan mengetepikan ekonomi diluar bandar. Ini akan menyebabkan berlakunya jurang pendapatan yang berbeza antara penduduk bandar dan luar bandar. Apabila berlakunya jurang seperti ini menyebabkan
oarang melayu yang timggal dikawasan pedalaman ketinggalan  dan ini juga akan menyebabkan ekonomi dipegang oleh kaum lain. Justeru itu, orang melayu perlulah memainkan peranan dalam sektor ekonomi supaya tidak ketinggalan dengan kemajuan yang pesat yang sedang berlaku ini.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)

.......................................................................................................................

Perkara yang saya dapat pelajari pada bab ini ialah modenisasi. Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Ianya merujuk kepada proses berencana.
Disamping itu, konsep pembaratan menurut islam berbeza dengan barat dimana ia lebih memfokuskan kepada kemajuan modal insan atau nilai-nilai kemanusiaan seperti akidah dan akhlak kemudian barulah diikuti dengan pembangunan material. Islam menekankan supaya pembangunan material hendaklah digunakan untuk jalan yang memberi manfaat kepad manusia.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)

...................................................................................................................


Assalamualaikum pada minggu ini pembentangan berkisahkan mengenai tajuk bab ke 4 iaitu pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Melalui pembentangan ini, banyak perkara telah dikupas antaranya konsep pembangunan, isu-isu utama ekonomi, strategi pembangunan ekonomi dan pendekatan islam dalam pembangunan ekonomi. Terdapat banyak isu-isu ekonomi yang timbul antaranya pertumbuhan dan agihan dimana terdapat masalah pembangunan ekonomi iaitu isu kemiskinan dan agihan pendapatan mengikut etnik yang tidak seimbang dan banyak lagi isu yang timbul terdapat strategi pembangunan ekonomi negara semasa . Sekian

Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)

BAB 3: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUBUNGAN ETNIK

Pada hari ini, saya mepelajari bahawa perlembagaan persekutuan mempunyai dua bahagian iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Di Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis. perlembagaan ini dianggotai oleh Yang di-Pertuan Agong , badan kehakiman, badan eksekutif dan badan perundangan. Manakala perlembagaan tidak bertulis ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan dalam parlimen dan keputusan-keputusan makhamah.
Seterusnya ialah Piagam Madinah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama dalam dunia. Piagam Madinah menpunyai 47 pekara berkaitan oarang islam dan bukan islam. Daripada 47 perkara tersebut, 23 perkara mengenai orang islam dan 24perkara pula berkaitan dengan orang bukan islam.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)

......................................................................................................................


Pada pembelajaran saya kali ini, saya mendapati bahawa perlembagaan merupakan satu dokumen yang dijadikan rujukan dalam pentadbiran. perlembagaan ini, terdiri daripada badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis . perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun menjadi satu dokumen. disamping itu, piagam madinah juga merupakan perlembagaan yang digunakan oleh Rasullulah dalam pemerintahan beliau. dalam piagam madinah terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan orang islam dan bukan islam.

Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)


........................................................................................................................

Assalamualaikum, pada minggu ini kumpulan Perlembagaan persekutuan dan hubungan etnik telah membentangkan pembentangan mereka. Melalui pembentangan ini, banyak perkara berkenaan perlembagaan dikupas.  Antaranya adalah sistem kontak sosial, penubuhan Malayan Union, dan perlembagaan persekutuan. Selain itu, pembentang juga telah menghuraikan sedikit berkenaan piagam Madinah. Kedua - dua perlembagaan dan piagam ini terdapat beberapa persamaan dan juga perbezaan. Namun yang pastinya kedua- duanyan diwujudkan bagi membentuk sebuah negara yang aman. Apa yang saya faham negara kita mempunyai peraturan dimana rakyat-rakyat mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat dan melalui perlembagaan jugalah Negara kita aman damai kerana terdapat peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi setiap orang tak kira rakyat bawahan mahupun atasan.. sekiannn,wassalam


Ayu Fatihah Binti Zahari (2015155085)

BAB 1: KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN


Pada hari ini, saya mempelajari bahawa sikap prejudis terhadap terhadap satu sama lain perlu dielakkan kerana sifat ini akan memecahbelahkan perpaduan yang ada di malaysia yang berbilang kaum. dari sifat prejudis ini akan berlakunya stereotaip. Stereotaip ini akan berlaku apabila kita mula meluahkan sangka buruk kepada orang lain. Hal ini, akan menyebabkan tercetusnya pergaduhan di antara mereka. Dengan adanya sifat ini akan berlakunya kucar-kacir dan rakyat tidak akan bersatu padu. Sebagai langkah bagi mengelakan pepecahan kaum, masyarakat Malaysia perlulah membuang sikap prejudis yang ada dalam diri seseorang.


Norsyahidah Binti Zainal(2015162535)


.....................................................................................................


Pada hari ini, saya mempelajari bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Disini saya dapati bahawa banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks hidup dalam situasi masyarakat harmoni. Dalam menangani masalah-masalah yang melibatkan masyarakat, perkara paling penting ialah kita mestilah menjauhi daripada sifat-sifat mazmumah seperti bersangka buruk terhadap kaum dan masyarakat lain. selain itu, saya juga sebagai rakyat Malaysia perlulah menjauhi dari sifat stereotaip iaitu mengutamakan kaum dan bangsa sendiri  sehingga mengasingkan masyarakat lain. Sifat ini, jelas menunjukkan jurang perpaduan dalam masyarakat dan menghalang masyarakat untuk hidup dalam suasana aman dan damai tanpa perpecahan.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)


............................................................................................................

Refleksi saya berdasarkan tajuk konsep kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia adalah walau siapapun kita, dari mana asal usul kita,bangsa apa pun kita, walau terdapat perbezaan warna kulit kita, sebagai saudara di bawah satu Negara yang berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain dan berkenal-kenalanlah sesame bangsa lain kerana dalam surah Al-hujurat,ayat 13, Allah SWT berfirman sesungguhnya semulia-mulia kaum disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya. Jadi kita sebagai 1 rakyat Malaysia yang berbilang kaum tak rugi kalau kita berbaik-baik dengan bangsa lain untuk memajukan Negara bangsa kita sendiri kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Sekiann

Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)


Thursday, 13 October 2016

SURAH AL-A'RAF



Bismillahirahmanirrahim.


Alhamdulillah, apa yang dapat saya pelajari dari Surah A'raf ini, kita perlu meningkatkan lagi keimanan kita kepada pencipta yang satu. Kita wajib memperakui kekuasaan Allah SWT yang mengatur dan menjaga alam semesta ini. disamping itu, Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab kita sesama manusia, saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengingati sekiranya terleka kepada pencipta kita. Surah ini juga menyatakan larangan daripada mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk dan kewajipan manusia untuk mengikut segala perintah yang diberikan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Sebagai contoh, kita perlu menghindari makanan yang boleh memudaratkan kepada kita seperti meminum arak dan sebagainya. Ini kerana larangan Allah SWT kepada umat islam untuk menghindari makan makanan tersebut yang akan memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Sekian. Terima Kasih.



Norsyahidah Binti Zainal (2015162535)



.........................................................................

Alhamdulillah. Apa yang saya pelajari dari surah Al Araf ini ialah kita perlu meningkatkan lagi keimanan kita terhadap kita yang satu iaitu Allah SWT. Selain itu, kita juga perlu mengakui kekuasaanNya yang telah mengatur dan menjaga alam semesta ini. Allah juga Melarang kita makan makanan yang boleh memudaratkan diri kita. sekian.


Shamimi Aiza Binti Mat Jusof(2015100833)


.......................................................................................


Assalamualaikum reader ! Hari ini saya ingin berkongsi refleksi saya berdasarkan video ustazah yang telah saya lihat mengenai bab 1, saya telah mempelajari sesuatu berdasarkan situasi tersebut iaitu meskipun kita susah ataupun senang, kita haruslah berkongsi apa saja yang kita miliki kerana sesuatu yang dimiliki kita sekarang bukanlah hak mutlak kita. Dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain juga di dalamnya. Seterusnya, kita tak perlu bongkak dan sombong walau banyak manapun harta yang kita miliki kerana semua itu milik Allah SWT. Walaupun jahat manapun kitaperilaku orang terhadap kita, jangalah kita membalas balik perbuatan tersebut dengan kejahatan kerana pepatah inggeris ada mengatakan bahawa “what you give, you will get back”.

Selain itu, satu topik -pembelajaran yang baru telah saya pelajari iaitu mengenai alam roh.Roh juga mempunyai sifat iaitu berdasarkan pilihan,sedar atau kehendak sendiri.Roh kita akan berjumpa dengan roh yang bersama-sama kita di dunia ini.Contohnya si simpulan  berkawan /berjumpa dengan si simpulan sewaktu mereka di alam dunia,mereka juga akan bertemu dan bersama di alam roh.Sebelum memasuki alam roh,terdapat alam lain yg perlu dilalui oleh setiap manusia.Pertama,alam rahim dimana kita akan berada di dalam rahim seorang insan yang bergelar ibu selama 9 bulan 10 hari.Seterusnya,di alam dunia dimana tuhan menilai kemampuan seseorang manusia apabila menghadapi cubaan dan dugaan yang diturunkan kepadanya.Alam kubur merupakan destinasi selepas alam dunia.Setiap insan akan menghadapi hari kematian.Alam akhirat merupakan alam yang terakhir dan infiniti iaitu kekal selama-lamanya.Pada masa ini,setiap amlan manusia semasa mereka hidup akan dihisab.Justeru itu,semasa kita hidup kita harus melakukan segala perintah Allah SWT dan beramal ke arah kebaikan untuk mendapat keredaan dari-Nya.



Ayu Fatihah Binti Zahari(2015155085)